JOM SHOPPING!!! :D |
Setelah 2 hari, maka berakhirlah sudah J card day. Bagi yang tahu, pasti sakan memborong kan? Bagi yang tidak tahu apa itu J card day ia seperti Boxing Day Malaysia dimana barangan dijual pada potongan sehingga 80% dan extra info, setiap pembelianRM10 dapat RM10 voucher! (hanya di JUSCO) macam promoter la plak. kih3... tapi bukan itu point nak disampaikan disini.
Dalam sakan kita menjamu mata dan menjamu selera seringkali kita terlepas pandang dua perkara yang sangat-sangat penting iaitu menjaga Solat dan hawa nafsu. Tidak salah untuk kita memborong barangan yang diidam idamkan. sementelahan pula barangan pada harga lelong. Namun, usah kita lupa bahawa segalanya adalah pemberianNya dan kita patut rasa bersyukur dengan nikmat dan rezeki yang Allah kurniakan kepada kita selama ini. Syukur perlulah kita zahirkan di dalam hati mahupun luaran dengan cara sentiasa mengingatinya dalam ketika kita seronok mahupun berduka.
Walau dalam apa jua situasi pun kita berada, Allah masih bersama kita dan kita masih dalam pemerhatian Allah dan dalam kekuasaanNya kerana kita adalah HAMBANYA. Segalanya mungkin! Cuba bayangkan sedang best-best shopping tetibe sesak nafas atau ajal menjemput sedangkan belum lagi kita mengerjakan yang wajib? Bagaimana kita nak berhadapan dengan Allah dalam keadaan kita leka dan lalai?
Disini saya tidaklah menyalahkan rakan-rakan nak shopping, shopping itu tidaklah menjadi kesalahan namun, kan best dan lagi tenang jika yang wajib sudah ditunaikan, hati dan perasaan pun selesa nak membeli belah. Teguran ini buat diri dan juga buat saudara-saudari seIslam di luar sana. Lebih elok yang wajib ditunaikan diawal waktu agar kita tak terleka dek urusan duniawi sehingga kadangkala sudah masuk waktu berikutnya sedangkan solat yang sebelumnya belum ditunaikan. Maklumlah seronok sangat...mane nak perasan. eheh.
cadang nak buat status tapi dah jadi karangan... moga2 menjadi iktibar buat diri sendiri dan rakan2 yang sudi membaca. Semoga kita selalu ingat kepada Rabb yang Mencipta agar kita tidak berdukacita diakhir ketika. :)
Wassalam...