Wednesday, July 8, 2009

renungkanlah wahai sahabatku...


"Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang berpesan-pesan kepada kebaikan dan berpesan-pesan kearah kesabaran."

Hari demi hari, saat demi saat, dan zaman berzaman meninggalkan kita tanpa kita sedari.Masa yang berlalu seakan-akan begitu pantas memintas kita tanpa kita sedari. Dalam ketidak searan ini kita sudahpun berada di bulan Rejab dimana bulan ini berlakunya isra dan mi'raj yang penuh dengan 1001 hikmah disebaliknya yang boleh kita mengambil iktibar dan pengajaran dari peristiwa ini.

Sebagai khalifah Allah di muka bumi ini kita seharusnya jelas dan faham dengan sedalam-dalamnya tentang tujuan dan hikmah kita diciptakan di dunia ini oleh yang Maha Esa. Allah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud, Allah menciptakan jin dan manusia untuk beribadat kepada Allah. Jadi memang sudah terang lagi bersuluh bahawa kita memang sewajibnya mentaati segala perintah Allah dan menjauhi segala larannya dan tugas utama kita sebagai makhluk yang lemah yang diciptakan oleh Allah ialah tidak lain dan tidak bukan ialah untuk melakukan ibadah sebanyak yang mungkin dan memastikan ibadah yang kita lakukan berkualiti agar mendapat keredaan dari Allah agar kita tidak menyesal di hari akhirat kelak dimana yang akan menemani dan menjadi bekalan kita menuju ke akhirat bukanlah harta benda, pangkat dan nama tetapi amalan kita selam kita hidup di dunia.

sebagai seorang muslim yang bijaksana kita sepatutnya sedar bahawa kurniaan yang Allah kurniakan kepada kita dalam pelbagai aspek haruslah digunakan untuk kearah kebaikan dan beribadahlah selagi mana terdaya agar tidak menyesal di hari kelak. Terdapat lima kurniaan yang patut kita sedari dalam kehidupan kita sehari-harian. yang pertama nikmat sihat sebelum datangnya sakit. Kita sepatutnya bersyukur dan menghargai kesihatan tubuh badan kita yang Allah kurniakan dan memanfaatkannya untuk beribadah kepada Allah selagi terdaya sebelum datangnya sakit dimana perlaksanaan ibadah agak sukar untuk dilaksanakan. Sebagai contoh, seorang yang sihat dapat solat dengan sempurna tetapi orang yang sakit tidak dapat solat dengan sempurna dan akan mengalami kesusahan dalam mengerjakan aktiviti harian dan dalam mengerjakan ibadah.


Yang kedua ialah nikmat usia muda sebelum datangnya hari tua. Kita seringkali mendengar celoteh orang ramai mengenai usia mereka dan mengaitkan dengan perubahan diri dimana mereka sering mengatakan bahawa mereka menggunakan masa usia muda mereka untuk berhibur sepuas-puasnya yang lebih dikenali sebagai budaya hedonisme yang mengamalkan hiburan yang berlebih-lebihan. Alasannya ialah mereka mengatakan bahawa mereka akan bertaubat bila sudah tua kelak. Wahai sahabatku sekalian, saya ingin mengingatkan pada diri saya sendiri dan juga sahabat-sahabat bahawa ajal maut kita ditentukan 100% oleh Allah yang Maha Berkuasa keatas makhluknya yang lemah tiada berdaya. Sedarlah wahai sahabat sekalian bahawa ajal tidak akan menunggu kita. Jika Allah mengutuskan malaikat Izrail untuk mencabut nyawa kita, tiada kuasa yang mampu menghalang kecuali Allah S.W.T. Ingatlah wahai sahabatku, ajal tidak mengenal usia, apabila tibanya seruan Illahi, ia tidak akan lambat walau sesaat dan cepat sesaat pun. Oleh itu sahabatku ingatlah walaupun kita masih muda namun haruslah kita sentiasa beringat bahawa tidak ada sesiapa pun yang tahu bila,dimana,bagaimana dan seperti apa kita akan kembali ke rahmatullah kelak. Oleh itu kita seharusnya sentiasa bersedia mempersiapkan diri kita dengan bekalan amalan yang secukupnya agar kelak apabila kita berhadapan dengan Pencipta kita, kita akan menemui kebahagiaan dan bukan ketakutan, penyiksaan dan pembalasan buruk.

Yang ketiga ialah masa nikmat masa lapang sebelum datangnya kesempitan. hidup kita diibarat roda dimana kita kadangkala berada di atas dan kadangkala kita berada di bawah. Kita tidak akan sentiasa senang dalam mengharungi hari-hari kita. susah senang merupakan asam garam kita. Maksud nikmat senang sebelum datangnya kesempitan ialah dimana kita haruslah memanfaatkan nikmat masa lapang yang Allah kurniakan kepada kita untuk tujuan kebaikan dan menambah amalan kita sebagai khalifah di mika bumi ini. Tetapi lumrahnya manusia biasa yang lemah seperti kita seringkali melakukan kesilapan dalam pengurusan masa.

Kita sering menggunakan masa lapang yang terluang dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti menonton movie, bermain Video game dan juga bersiar-siar di bandar dan memenuhi masa yang terluang dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Senario ini seringkali kita temui dalam kalangan remaja hari ini di mana mereka cenderung untuk melakukan tugasan yang diamanahkan kepada mereka di masa-masa yang terakhir dan masa yang banyak itu digunakan untuk berhibur dan kebanyakannya dihabiskan untuk memenuhi nafsu tidurnya. Tidur memanglah perlu tetapi ia boleh mendatangkan mudharat kepada kita sekiranya tidur kita tidak dikawal dan sebenarnya tidur amat merugikan kerana jika kita tidur, kita diibaratkan seperti mati dan tidak berfungsi. Jadi, jika kita tidur, kita akan terlepas banyak perkara yang sepatutnya kita kaji dan pelajari. Masa kita juga akan terbuang dengan sia-sia begitu sahaja.

Sebaliknya, apa yang se[patutnya kita lakukan ialah memanfaatkan masa yang terluang dengan aktiviti-aktiviti yang menguntungkan kita dari segi rohani dan jasmani. Contohnya sebagai seorang pelajar, kita seharusnya menggunakan masa yang ada dengan mengulangkaji pelajaran, menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan, mencari bahan-bahan Ilmiah yang berguna untuk memantapkan diri sendiri dari sudut rohani dan pengetahuan am. Sebagai pelajar, kita seharusya mengetahui seluruh aspek sama ada isu smasa, ekonomi mahupun pendidikan agar dapat menjadi insan yang serba tahu dan seterusnya dapat melahirkan rakyat Malaysia ataupun menjadi pemimpin yang berkredibiliti untuk memimpinjn rakyat dan mentadbir negara dengan mantap dan sistematik.

Selain memantapkan diri dari segi pendidikan, kita juga haruslah memantapkan diri kita dari sudut kerohanian. Antara ibadah yang boleh dilaksanakan ialah melakukan solat-solat sunat, membaca al-Quran dengan elok dan memahami isi kandungan al-Quran, menghadiri kelas-kelas ceramah agama, berzikir dan kaji tentang hukum-hakam dalam Islam agar kita dapat menjadi Muslim yang berkualitin dan dapat mencerminkan akhlak islamiah sebagai Muslim ah=gar dapat dijadikan contoh yang baik dan seterusnya dapat sedikit sebanyak menarik penganut agama lain untuk berminat dengan agama Islam yang penuh dengan nilai-nilai murni.

Yang keempat ialah nikmat kaya sebelum ditimpa kemiskinan. Nikmat inilah yang seringkali terlepas pandang oleh masyarakat hari ini. Golongan yang kaya terlalu selesa dengan kesenangan yang mereka nikmati sehingga ada yang mengabaikan ibadah zakat dan juga bersedekah. Sepatutnya mereka bersyukur dengan ketentuan Illahi dengan memberikan mereka kesenangan dan bukan berbangga dengan kesenangan yang mereka miliki. Dalam kesenangan mereka, masih ada golongan yang menderita kesusahan dan sehinggakan ada yang untuk mendapatkan sesuap nasi pun amat sukar. Mereka hidup dalam serba kekurangan dan menderita kelaparan. Seharusnya bagi golongan yang senang menghulurkan bantuan kepada mereka dan bukan mencaci mereka dengan perkataan yang menghinakan. Sesungguhnya Allah tidak menilai seseorang itu dari rupa paras, pangkat, harta dan kesempurnaan tubuh badannya tetapi Allah hanya memandang pada hati dan amalan hamba-hambanya. Itulah yang paling penting bagi menjamin kita kesyurga Allah.

Wahai sahabatku, ingatlah bahawasanya nikmat yang Allah berikan kepada kita hanya sementara dan Allah berkuasa menarik kembali segala kesenangan yang kita nikmati hanya dengan sekelip mata jika Allah kehendaki. Tidak mustahil sesebuah organisasi yang kukuh dan menguntungkan berkemungkinan untuk jatuh dengan mendadak dengan kehendak Allah. Oleh itu jika kita dikurniakan dengan kesenangan hidup kita haruslah bersyukur dan sentiasa ingat kepada Allah dan jangan lupa menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim agar kesenangan kita diberkati dan diredai oleh yang Maha Esa.

Yang kelima ialah nikmat hidup sebelum mati. Sesungguhnya hidup kita di dunia ini bukanlah kekal selama-lamanya...Jika tiba tempoh masa yang ditetapkan Allah, kita tidak akan dapat mengelak dan hanya menerima takdir ketentuan Illahi yang kita akan kembali kepadanya. Setiap yang hidup pasti akan mati. Ingatlah sahabatku sekalian,jadikanlah hidup kita ini sebagai medan perjuangan Islam dan sentiasa lah nasihat-menasihati dan bersabarlah dalam melakukan amar ma'ruf nahi ,munkar. Ingatlah Allah sentiasa melihat akan hamba-hambanya....

Semoga dengan paparan ini sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan dan diri saya sendiri untuk lebih faham dengan konsep kehidupan kita sebagai seorang muslim yang sejati. Insya Allah....

Akhir kata dari saya, berjuanglah selagi kita mampu dan hiduplah dengan memberi sebanyak-sebanyaknya dan bukan menerima sebanyak-banyaknya. Allahuakhbar!