Thursday, November 25, 2010

Anak

Freddy Aguilar

Anak 

Semasa engkau dilahirkan
Kau pun sudah satu impian
Impian nyata kurnia Illahi

Engkau anak istimewa
Kebahagian ibu ayah
Bila menangis dan juga tertawa

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Masa silih berganti
Kau membesar tak dikenali
Cepat sungguh kau pandai bicara

Apa yang telah terjadi
Pada mereka kau derhaka
Mengapa begitu apakah salahnya

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Kini kau telah tersesat
Hilang diri dan pedoman
Tak seorang pun mengambil peduli

Dan kini engkau menangis
Ibu ayah menghampiri
Walau engkau telah terpesong jauh

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Kasihnya Ibu, Kasihnya Ayah....


 ‎'Ya Allah Ya Tuhanku, cucurilah rahmat dan kasihilah kepada kedua ibu bapaku seperti mereke mengasihi dan menyayangiku sewaktu aku kecil'
      Jauhnya daku meninggalkan keluarga yang tercinta. Beribu batu jauhnya. 
Ya Allah..sesungguhnya kau teguhkanlah hati hambamu yang lemah ini 
Ya Allah untuk sentiasa bersabar mangharungi hari-hariku tanpa adanya insan-insan yang ku sayangi menemani. 

Hampir 2 bulan aku meninggalkan Malaysia, meninggalkan keluarga tercinta, 
meninggalkan sanak-saudara. Terasa seperti bertahun lamanya untuk aku mengharungi hari-hariku.  
Suaramu Ibu, suaramu ayah sangat ku rindu.
 Belaianmu ibu, belaianmu ayah amatku damba.
 Kasih sayang yang ibu dan ayah curahkan x kan pernah dapat ku balas walau dengan segunung emas. 
Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa-jasa dan pengorbanan mereka. 

Ya Allah 
rahmatilah mereka, lindungilah mereka dari segala keburukan,
 berilah mereka kebahagiaan yang abadi, serikanlah hari-hari mereka dengan cahaya hidayahmu Ya Allah, warnailah hari-hari mereka dengan keceriaan dan kegembiraan. 

Ya Allah
 aku tak sanggup untuk menahan sebak untuk melihat mereka sedih YA Allah, aku lemah untuk membiarkan mereka kesepoian Ya Allah, aku x berdaya untuk membiarkan mereka sakit Ya Allah.
 Ya Allah sesungguhnya Engkaulah yang mentakdirkan segalanya. 
Semuanya di dalam pengetahuanmu 

Ya Allah.
 Ku bermohon padamu Ya Allah kau peliharalah mereka dari segala kesukaran dan kepayahan hidup ya Allah, murahkanlah rezeki mereka Ya Allah dan Tempatkanlah mereka kelak di tempat insan-insan yang beriman yang Engkau redhai Ya Allah.

Ibu, 
ku rindukan belaian kasih sayangmu ibu, sifatmu yang penyabar, ibu....rindunya diriku padamu oh ibu...Ku sedar setiap saat dan waktu atas tujuanku ke seni.merantau dinegeri orang. 
Insya Allah adik akan pulang membawa kejayaan, segulung ijazah untuk buat ibu bangga. 
Adik sayang ibu.....Terima Kasih ibu sebab membesarkan adik sejak dari kecil. 
Jasamu sungguh mulia oh ibu.

Ayah....
betapa ku rindu padamu oh ayah, sifatmu yang tegas, kasih sayangmu. 
Adik tahu yang ayah sayang adik, ayah seorang yang lembut hati walaupun keras di luar, namun jauh di lubuk hati adik, adik percaya ayah sayang kami semua.
 Sungguh suci dan mulianya pengorbanan mu oh ayah. 
Sejak kecil ku dibesarkan dengan penuh kasih sayang.
 Jarang sekali untuk ayam mengatakan tidak kepada permintaan adik.
 Ayah....bertahun-tahun ayah bekerja keras mengharungi hujan dan panas membanting tulang untuk mencari rezeki untuk kami semua.Alangkan besarnya pengorbananmu oh ayah...

Ayah....
Adik doakan semoga ayah dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan dimurahkan rezeki oleh Allah.

Adik percaya,
 Walaupun kita bukan jutawan,bukan kartawan bukan orang kaya namun adik bahagia sangat kita sekeluarga bahagia dengan adanya kasih sayang. 

Biarlah apa orang nak kata asalkan kita bahagia..
 Insya Allah suatu hari sinar hidup kita akan bertambah bercahaya dengan adanya rahmat Allah.
 Adik berjanji sepanjang hayat adik x kan adik abaikan tanggungjawab adik sebagai anak ibu anak ayah. Akan adik jaga ibu dan ayah dengan sebaik baiknya hingga ke hembusan nafas terakhir. 

Ya Allah.. 
sesungguhnya aku berserah padamu ya Allah...Dikaulah yang berkuasa keatas segala sesuatu...
Tabahkanlah hati-hati kami Ya Allah....


Dikaulah pendorongku, jatuh bangunku,
 tempatku bermanja dan mengadu. 
Agungnya pengorbananmu ibu..
Agungnya pengorbananmu ayah...

Tuesday, November 2, 2010

PERGH edisi 1

ISLAM PASTI MENANG


Ape yang menarik perhatian saye dalam PERGH adisi 1 yg diadakan di Imperial College London ialah di segmen yang terakhir iaitu islam pasti menang. Antara yang menarik perhatian saya ialah bagaimana peranan kita sebagai Muslim untuk berjuang untuk Islam dan apakah langkah-langkah yang wajar kita ambil untuk bersama-sama berjuang untuk islam. Definasi berjuang bukan untuk mengadakan rusuhan atau berperang atau bertelingkah. Berjuang bermaksud usaha untuk memabangunkan dan menyebarkan Islam dan membantu sahabat-sahabat kita dalam memeahami Islam dan seterusnya IsnyaAllah dapat melahirkan Muslim yang profesional.

STEP 1:

Taubat nasuha (Proses Kembali kepada Allah)
-tiada manusia yang sempurna
-jangan pernak rasa putus asa dengan sifat pemurah Allah
-pintu taubat sentiasa terbuka
-Taubat masih diterima walau berkali-kali dosa yang sama diulang.
-Orang yang berdosa pun mampu/layak menegakkan Islam dan berjuang untuk Islam
-make sure taubat 100% (NO TURNING BACK!!!)

STEP 2:

Togetherness ( Kebersamaan)
-Solat berjemaah
-sedekah
-berkongsi idea dan membantu yang lemah
-(kebersatuan+kesepakatan)= kekuatan

- Rasulullah S.A.W berjuang dengan cara berjemaah dan bukan bersendirian. Ini bermakna Rasulullah menggalakkan kita umatnya melakukan kerja dalam jemaah dan bukan sendirian.

"Jemaah, kumpulan yang mungkin lemah, tapi dibantu oleh Allah, tapi yang bercerai-berai, mereka akan menghadapi kekalahan disebabkan tikan dari belakang, perselisihan faham danj sebagainya"

Islam adalah sebuah agama yang mulia yang murni. Perjuangan harus dilakukan bersama-sama dalam hanya satu jemaah dan bukan berpecah-belah. mengapa harus berpecah-belah sedangkan motif dakwah dan konsep ajaran Islam hanya berpandukan sumber yang sama iaitu Al-Quran dan Hadith? Fikir-fikirkanlah.

STEP 3:

Knowledge
-Jika kita rasa diri kita kurang ilmu, kita kene upgrade Ilmu kita.
dengan membaca, mengkaji, menyelidik dan berkongsio idea dan bertanyakan soalan pada pihak yang lebih mengetahui.
-sentiasa upgrade iman, ilmu dan beramal dengan ilmu.
-jika kita banyak ilmu jangan simpan seorang diri, kita dituntut untuk berkongsi ilmu tersebut dengan orang lain.
-sentiasa mantapkan pengetahuan agar mampu berhujjah dengan musuh-musuh Islam dan sewaktu dengannya.

STEP 4:

Bersungguh-sungguh (ITQAN)
-kita kene series dalam menegakkan Islam dan dalam memperjuangkan Islam. Kita kene sentiasa menanamkan tekad dalam diri untuk membangunkan Islam.
-Istiqamah dalam usaha.

STEP 5:

MUHASABAH
-apa yang telah kita buat hari ini untuk Islam
-berapa banyak dosa dan pahala yang kita lakukan hari ini
-bagaimanakah keadaan Umat Islam hari ini
-fikir tentang ciptaan Allah dan mengapa Allah melakukan sesuatu.
-fikir tentang kematian dan tujuan hidup kita dalam dunia yng sementara ini.

Pesanan:
Wahai sahabat sekalian, janganlah kita pernah lupa tentang tujuan hidup kita di dunia ini kerana Allah yang menhidupkan kita dan kepada Allah jua kita akan kembali. Hidup di dunia hanya semantara, akhirat jualah tempat yang kekal abadi. Dunia yang kita pinjam ini hanyalah medan ujian kita sebagai hamba Allah. Dalam mengharungi hari demi hari, pasti kita diuji dengan pelbagai ujian dan godaan. Namun selagi mana kita sentiasa berpegang pada Tali Allah dan Al-Quran dan Hadith, Insya Allah kita selamat di dunia mahupun di akhirat. TAKBIR!!!

*maaf jika ada tersilap dalam penulisan ini. Diharap sahabat-sahabat dapat berkongsi idea dan memperbaiki kelemahan saya. Insya Allah.