Thursday, December 27, 2012

BUTA disangka CELIK

Kaya tidak menjanjikan kebahagiaan

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Tidaklah Allah ciptakan dunia ini dengan sia-sia tapi untuk melihat siapa diantara hamba-hambaNya yang bertaqwa dan yang mana yang kufur. Selepas kehidupan dunia ini kita akan menyelusuri kehidupan yang seterusnya iaitu kehidupan akhirat yang kekal abadi yaitu sebenar-benar kehidupan.

Jika ditanya tentang hidup, ramai yang mengumpamakan hidup ini seperti sebuah perjalanan. Dalam perjalanan itu, si pengembara akan melalui pelbagai dugaan dan cabaran sama ada suka ataupun duka, jatuh dan bangun kerana jalan itu tidaklah mudah malah ia penuh dengan warna-warni. Segalanya mengajar si pengembara erti sebuah kehidupan dan menimba pengalaman. Kerana tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku pada esok hari, siapa kita akan berjumpa dan bagaimana nasib kita esok hari. Segalanya misteri. Namun, segalanya telah tertulis di dalam kitab Lauh Mahfuz. Segalanya dalam pengetahuan dan perancangan Allah. Kerana apa? Allah yang mewujudkan dan Allah juga mampu melenyapkan. Segalanya dalam kekuasaan Nya.

Dalam hidup yang singkat ini, ramai manusia mencari-cari ketenangan dan kebahagiaan. Mungkin ada yang dengan memenuhi keinginan nafsunya mampu memberi kebahgiaan dan ketenangan kepadanya mungkin dalam masa yang singkat dan ia hanya sementara.

Juga ada yang dengan berpesta dan bersuka ria mereka merasa bahagia dan tenang. Tapi selepas itu, mungkin mereka kembali bersedih dan tidak tenang.

Mungkin juga ada yang mampu membeli bermacam-macam kebendaan dan materi dengan wang yang banyak untuk mendapatkan kebahagiaan dan ketenangan.namun bermasalah kerana risau akan perompak dan penyamun.

Tapi, adakah benar dengan wang, berpesta, dan sebagainya mampu memberri kita kebahagiaan dan ketenangan yang hakiki dan abadi? kebahagiaan dan ketenangan yang tidak padam dan tidak putus-putus?

Hakikatnya, nikmat dunia tidak akan mampu membeli nikmat cinta seorang hamba kepada Penciptanya. Kerana ia tidak ternilai dan tiada tolok bandingnya dengan kebendaan dunia ini. Ia hanya mampu diperoleh dengan apabila kita mempunyai iman dan taqwa yang sebenar-benar taqwa. Dan nikmat iman ini juga tidak mampu dibeli dan tidak boleh diwarisi tapi mampu dimiliki dengan mencari.

Carilah iman dan taqwa Insya Allah akan bertemu bahagia dan ketenangan. Pencarian iman bermula tidak lain dan tidak bukan dengan pertamanya mengenal Allah, kemudian mengenal diri kita iaitu dari mana kita datang dan kemana kita seterusnya. Juga memperjelaskan tujuan kita diciptakan dibumi. Ia tidak akan datang dengan mudah jika kita tidak berusaha untuk mendapatkannya. Dan jalan untuk mendapatkannya juga tidak mudah, penuh dengan duri dan halangan. Seterusnya untuk kekal berada di dalamnya juga lebih kuat ujian dan dugaannya. Oleh itu, hanya mereka yang benar-benar ingin mencari dan memilikinya mampu untuk bertemu dengannya dengan izin Allah. Dan Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang, Maha Melihat akan hamba-hambaNya yang berusaha dengan seikhlas hati.

Waulahualam...

Thursday, June 28, 2012

Islam Yang ku cinta

Bismillahirrahmannirrahim... (Dengan nama ALlah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang)


Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W., " Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang yang asing". 

H.R. Muslim

Alhamdulillah sebagai pembuka bicara. Alhamdulillah kita masih dikurniakan Allah dengan dua nikmat yang terbesar iaitu Nikmat Iman dan Nikmat Islam. Alhamdulillah kita masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk terus bernafas dan dikurniakan dengan panca indera dan anggota tubuh yang sihat.

Semua makhluk, dan ciptaan ; tumbuh-tumbuhan, binatang, manusia, alam, berubah mengikut era pemodenan. Semuanya serba serbi canggih. Alhamdulillah kini pelbagai teknologi moden yang sungguh hebat dimata manusia berjaya direka manusia untuk kemudahan harian, medium menyebar dawah, belajar, dikusi dan berinteraksi. Semuanya serba-serbi berubah dan moden.

CUMA DUA PERKARA!!! Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W sebagai panduan hidup sepanjang zaman.

 Abu Hurairah mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:

 " Aku tinggalkan dua perkara untuk kalian. Selama kalian perpegang teguh dengan keduanya tidak akan sesat selama-lamanya, yaitu Kitabullah dan Sunnahku. Dan tidak akan terpisah keduanya sampi keduanya mendatangiku di haidh 
(Sebuah telaga di syurga,). " 

 (HR Iman Malik)

Dunia mengalami perubahan juga manusia menyelusuri perubahan yang menguasai keadaan persekitaran. Namun jika Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. sebagai panduan kita, Insya Allah kita akan selamat sepanjang hayat. Manusia itu diciptakan dengan sifat yang pelupa. Dalam diri kita memang wujud nafsu yang menggoda kita untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak baik misalnya tidak menutup aurat, bergaul bebas lelaki dan perempuan, berpesta dan sebagainya. kerana apa? Ni dia sumpah Syaitan pada Allah:

Iblis menjawab 
" Kerana Engkau telah menyesatkan aku, PASTI aku akan selalu menghalamgi mereka dari jalan-Mu YANG LURUS." 

( Surah Al-A'raf, Ayat 16)

Maka, janganlah rasa pelik kenapa ada naluri yang sebegitu. Tapi apa benteng kita untuk melawan godaan ni semua?? -IMAN yang mantap...Insya Allah.

Hari ini kenapa ramai dikalangan kita seakan-akan dipukau dek kehebatan ciptaan manusia?? Berpusu-pusu mengejar kehebatan dunia yang sementara? Berpusu-pusu untuk mengikut arus pemodenan, nak mengikut trend dikatakan. Cara berpakaian dikatakan biarlah x menutup aurat asalkan fesyen, social sikit lelaki ngn pempuan x kan xleh pegang-pegang tangan, bukan ape pun...mesra tanda sayang...ada yang nak itu..nak ini...Come on my dear friend.... is that what we really need to do in this world? Is that the reason why Allah created us in this life?? 

Dalam Surah Az-Zariyat, Ayat 56, Allah berfirman dalam Al-Quran:

"Aku tidak menciptakan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku"

Tapi macam mana? takkan nak 24 jam beribadah je? sembahyang 24 jam? baca Al-Quran 24 jam? Macam mana dengan kerja? belajar? bersukan? bermasyarakat semua?

Kawan.....Islam itu SYUMUL ( menyeluruh). Belajar itu satu ibadah, bekerja mencari duit untuk menyara diri dan keluarga itu ibadah, bersukan untuk menjaga tubuh badan yang sihat agar mudah untuk beribadah itu juga satu ibadah, bergaul dengan kawan-kawan dan masyarakat itu satu ibadah selagi mana ianya tidak melanggar batas-batas Syara'. Semua perbuatan kita dalam kehidupan itu satu ibadah selagi mana niat perbuatan kita itu betul dan tidak melanggar hukum-hukum Islam. Ha...kan ke cantik tu...

Habis tu? macam mana dengan teknologiyang canggih? handphone canggih, internet, komputer semue? tak boleh pakai ke? 

Come on kawan.....Kalau macam tu kite kene naik unta la...xleh naik kereta? semua kecanggihan apa jua kemudahan yang tersedia tak salah untuk koita gunakan. Yang jadi salahnya bila kita salah gunakan teknologi dan kemudahan yang disediakan tu. Contohnya, kita ada kereta sport, kita bawak kereta kita ni pegi disco, pergi lumba haram, pergi buat perkara-perkara yang ma'siat, itu datangnya salah guna. Lagi contoh, ada laptop atau handphone canggih, kita pegi record video yang tak baik lepas tu sebarkan dekat internet. ataupun kita edit gambar orang guna laptop yang berkuasa kuda untuk mendatangkan fitnah kat orang lain. Tu jadinya salah. SO, everything depends on sejauh mana kebenaran cara kita menggunakan setiap kemudahan itu. Alangkah baiknya kemudahan yang ada kita manfaatkan untuk menyebarkan ebaikan, da'wah dan yang paling best, kita gunakan kemudahan ni untuk menyuburkan rasa cinta kita dan orang sekeliling kepada Allah dan Rasulullah S.A.W. Allahuakhbar!!!

Tujuan artikel ni ditulis adalah untuk mengingatkan diri sendiri dan juga saudara sekalian agar usahlah kita dipermainkan dek godaan syaitan yang terkutuk..ingatlah janji syaitan dalam Al-quran dalam surah Al-Hijr ayat ke (39) dan (40) yang bermaksud

" Ia (Iblis) berkata, " Tuhanku, oleh kerana engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka dibumi, dan aku akan menyesatkan semuanya,(40) kecuali hamba-hambaMu yang terpilih antara mereka"

Subhanallah...kita nak jadi golongan yang mana? yang terpilih ke yang mengikut Syaitan? tanyalah iman dalam diri kita sejauh mana kita cuba untuk mencari redha Illahi dan sejauh mana kita cuba untuk hidup sebagai Islam yang sejati..Waullohualam...



Monday, June 11, 2012

Hidayah Allah itu suatu misteri yang perlu dicari.

Dot dot: Bila lah aku nak dapat hidayah Allah..

Mot mot: Hidayah Allah tu misteri. Tak sapa pun boleh bagi hidayah kat

              hang..

Dot Dot: Tak ape lah. aku teruskan lah hidup aku. Insya Allah nanti 

             datanglah hidayah Allah, aku berubah la...

Mot mot: Hidayah Allah takkan datang kalau kite tak mencari...Kau 

              dah berusaha untuk mencari ke belum? 

Dot Dot: Mencari Hidayah Allah? Boleh ke? Macam mane? 

Mot Mot: Kenali Allah, Fahami Islam, Bacalah kitab-kitab Islamik, 
              Dekatkan diri dengan Ulama atau orang2 yang baik, Fahami 
              erti dan tujuan hidup, dan yang paling penting, 
              bertaubatlah dan mohon ampun pada Allah, mintalah 
              petunjuk dariNya dan minta Allah bukakan jalan untuk hang 
              faham Islam dan mengamalkan ilmu hang. Dan yang paling 
              penting hang kene istiqamah. Insya Allah nanti hang jumpa 
              la Hidayah Allah..

Dot dot: ya ka? mana hang taw?

Mot Mot: Aku kasi hang analogi mudah. Kalau ada orang ketuk pintu 
              rumah hang masa hang tengah duk rilek, walaupun hang 
              berat nak bukak pintu, lama-lama hang bukak tak pintu 
              hang? Mesti hang bukak sebab hang tak selesa. Sama lah 
              juga macam Hidayah Allah, kalau hang mencari, Insya Allah, 
              suatu hari Allah bukakan pintu-pintu jalan untuk hang 
              bertemu Hidayah Allah sebab Allah tu Maha Pengasih dan 
              Maha Pengampun..Allah sayang kat hang...

Dot Dot: Betui jugak naa~~ Insya Allah aku cuba..

Mot Mot: Alhamdulillah...

" Sesungguhnya engkau Muhammad tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki, dan Dia mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk" 

(Surah Al-Qasas: Ayat 56)












Friday, May 25, 2012

Apa itu cinta?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang


Cinta...
Terbahagi kepada beberapa kategori. Ada cinta makhluk kepada sang Pencipta (Allah S.W.T.), Cinta kepada Rasulullah S.A.W., Cinta kepada ibu bapa dan pelbagai lagi. Dan ada juga cinta sesama makhluk (cinta insan sesama insan) / lelaki dan perempuan. 


Cinta...
Apa itu cinta? Boleh ke kite bercinta? Ade orang cakap bercinta tu boleh asalkan kita pandai jaga batasan-batasan pergaulan dan adab-adab mengikut Islam. 
Betul ke? Tapi macam mane?    


Cinta...
Fitrah semula jadi Allah S.W.T kurniakan kepada semua hambanya sebagai suatu nikmat yang harus diperhalusi dan dinilai sebaik-baiknya. Semua makhluk pasti wujud rasa cinta, mencintai dan ingin dicintai. 


Cinta...
Ada orang kata cinta sebelum kahwin bagus untuk kite kenal satu sama lain dengan lebih mendalam dan lebih mengenali isi hati pasangan kita. betul ke macam tu? Ada jugak orang cakap bercinta after kahwin lagi bahagia sebab hari demi hari merupan suatu surprise pada pasangan sebab hari demi hari dikejutkan dengan something yang baru oleh pasangan tersebut. Jadinye..macam mane?


Cinta...
Macam mana nak tahu die sesuai ke tak untuk kite?
Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia."
Hadith ini telah diriwayatkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka serta imam hadis yang lain.

Cinta...
Ada yang berpendapat cinta akhirnya kahwin, dapat anak dan hidup bahagia bersama. Tapi betul ke cinta hanya itu? Betul ke kahwin hanya sebab cinta, sebab nak dapat anak and sebab nak hidup bersama sampai ke akhir hayat? Jika jawapan anda ya, cuba fikir sekali lagi. Adakah cinta benar-benar boleh bagi kebahagiaan sepenuhnya tanpa hal-hal lain?


Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Isra' (ayat ke 32):
" Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu jalan yang buruk."

Haa...macam mana tu? Ape kene mengena zina dengan cinta? Firman Allah S.W.T menerang kan "mendekati" yang boleh di interpretasikan sebagai menghapiri, menjerumuskan, menuju, menghala, menyumbang kepada perlakuan zina. Mungkin sahabat-sahabat boleh berdebat dengan mengatakan, janganlah terlalu radikal, janganlah terlalu jumud dan berfikiran sempit. Tapi, saya ingin berkongsi satu kisah benar mungkin boleh jadi tauladan buat kita semua Insya Allah. 

*(Demi menjaga maruah sahabat kita Insya Allah nama dan tempat tidak akan diutarakan. Biarlah dikenali sebagai Boboi and Gegel.)

Boboi, seorang pelajar yang disegani di sebuah sekolah. Dia memang dikenali dengan waraknya, alimnya, berbual dengan perempuan pun jarang sekali, pandangannya ditundukkan dan memang Boboi ni budak yang baik lah senang cakap. Boboi memang menjadi pujaan ramai wanita di sekolah disebabkan akhlaknya yang baik dan pekertinya yang soleh. 
Boboi merupakan imam di masjid asrama. Terkenal dengan suara yang merdu mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Memang sesuai jadi imam muda lah senang cerita. 

Di pendekkan cerita, ada seorang pelajar perempuan ni syok kat Boboi. Gegel slalu usya Boboi dari jauh. Slalu puji suara Boboi sedap masa mengaji dan semasa azan. Lama kelamaan wujud rasa cinta antara Boboi dan Gegel. Mereka cuba untuk jaga hubungan diorang berlandaskan Syariat Islam. Pada mulanya masih boleh dijaga. Tetapi jangan dilupa Sumpah Syaitan Durjana pada Allah S.W.T sebelum tercampaknya ke dunia yang dijelaskan dalam

Surah Al-A'raf  (Ayat 16-17): 


"(Iblis) menjawab "Kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalanMu yang lurus, Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan, dan dari kiri ,ereka. Dan Engkau tidak akan mendapai kebanyakan mereka bersyukur"

Dipendekkan cerita lagi, pada suatu malam pihak sekolah menganjurkan solat hajat sempena peperiksaan yang menjelang tidak lama lagi. Pada ketika ibu bapa dan pelajar-pelajar lain sedang khusyuk beribadah, Boboi dan Gegel berduaan dalam sebuah kelas yang gelap gelita. hanya diterangi oleh rembulan. Kuasa Allah tiada siapa dapat menghalang. Jika Allah berkehendakkan sesuatu tiada suatu kuasa pun dapat menghalang. Mungkin Allah S.W.T. menyayangi mereka dengan Boboi dan Gegel dijumpai oleh pak cik jaga sekolah dalam keadaan tidak seurat benang pun membaluti tubuh mereka dan mereka sedang melakukan (.....) *isikan tempat kosong..tak sanggup nak sebut Nauzubillah.

Dari kisah ini, kita boleh sama-sama lihat betapa seorang hamba Allah yang warak, tumbang ke tangan Iblis yang durjana kerana tidak berjaya mengawal nafsunya. Subhanallah. Jika kita lihat, mungkin bermula dengan bermain mata, mengutus surat, bertukar-tukar gambar, dan sebagainya yang biasa-biasa namun berpotensi menyumbang kepada = Zina. Nauzunbillah. Moga kisah ini menjadi tauladan untuk saya dan sahabat-sahabat semua.

Setiap makhluk yang bernyawa lagi-lagi yang bernama manusia memang tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa. Kadang kala mungkin kita rasakan taubat kita mungkin tidak akan didengari oleh Allah S.W.T. lagi sebab dah berkali-kali kita melakukan dosa yang sama dan bertaubat padanya dan mengulanginya semula sehingga kita rasa mungkin rahmat Allah sudah tidak layak untuk kita. Tapi renungkanlah ayat ini:


" Katakanlah, " Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang maha Pengampun, Maha Penyayang." 
(Surah Az-Zumar, Ayat 53)


Selagi ajal belum menjemput, selagi belum tibanya Yaumul Qiyyamah, Insya Allah pintu taubat Allah S.W.T. masih terbuka luas untuk kita. Yang penting kita kene yakin dengan rahmat dan kasih sayang Allah. Bertaubatlah dengan sepenuh taubat. Insya Allah , Allah pasti membuka kan jalan untuk kita 'kembali' ke jalanNya..kerana apa? Sesungguhnya iman manusia itu boleh berubah-ubah. Iman kita boleh lebih tinggi dari malaikat dan juga boleh lebih hina dari binatang. Makanya, sama-samalah kita muhasabah diri dan istiqamah dalam mencari redha Allah, berusaha dan mintalah bantuan dariNya, Insya Allah jalan itu akan terbentang untuk kita.

Waulahualam.



Monday, May 21, 2012

Surat Cinta Pada Allah...

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang


Firman Allah S.W.T.:

"Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki, dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang menerima petunjuk."
(Surah Al-Qasas, Ayat 56)





Ya Allah, 
Sesungguhnya hati ini terpanggil untuk berhijrah kearah jalan yang Engkau Redhai Ya Allah. Limpahilah hati hambamu yang lemah ini dengan HidayahMu agar hati yang gelap ini bersinar kembali menjadi penjana rohani dan jasmani untuk mengejar sinar cahaya keampunan dan rahmatMu Ya Allah..Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. 

Ya Allah,
 Sesungguhnya jiwa ini telah lama kering dengan zikir yang membasahi bibir dengan memujimu, hati ini sunyi tanpa alunan bacaan ayat-ayat suciMu yang indah, hati ini gelap dengan titik-titik dosa yang semakin hari semakin menebal tanpa dikikis dengan air mata taubat padaMU Ya Allah. 

Ya Allah, 
Sesungguhnya jauh sekali hati ini tercampak terumbang-ambing di lautan dunia yang penuh dengan liku-liku, onak duri dan ranjau yang menggoncang keimanan dan ketaqwaan dalam hati. hati ini dirasakan nun jauh terdampar dari landasan yang telah Kau gariskan bagi setiap hambaMu. Jauh ku letakkan Dikau dalam setiap gerak-geri, tindak-tanduk dan cara hidupku. Sehingga Iblis tertawa riang, bongkak, angkuh dengan kejayaan besar kerana berjaya menjahilkan anak adam yang mudah diperdaya.

Ya Allah,
DariMu aku datang dan dariMu aku kembali. Sesungguhnya diri ini terasa hina dengan dosa dan noda dek kejahilan dan kebodohan dalam menikmati kurniaan pinjaman jasad dan nyawa yang sementara sehingga terlupa tujuan diri ini dicipta di bumiMu Ya Allah. Diri ini lalai dalam melayari kehidupan yang sementara ini Ya Allah. Ya Allah, sesungguhnya hati ini rindu padaMu Ya Allah. Rindu Kasih sayangMu. Rindu untuk dekat padaMu Ya Allah.

Ya Allah,
Sesungguhnya hati ini percaya dengan keagungan Kasih Sayangmu, PengampunMu, Rahmatmu. Ya Allah, jadikanlah hijrahku kali ini menjadi titik permulaan untuk melangkah setapak lebih dekat padaMu. Selangkah lebih hampir dengan RahmatMu, semakin dekat dengan Kasih sayangMu. 

Ya Allah, 
Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik tempat mengadu dan sesungguhnya Engkaulah yang mengetahui apa yang tersurat dan tersirat di hati hambaMu Ya Allah. Bimbinglah hati ini agar semakin kukuh bertapak terus kehadapan semakin hampir menuju Syurgamu dan janganlah sekali-kali kau membolak balikkan hatiku sehingga aku terjerumus kembali kearah kejahilanku yang lalu. 

Ya Allah,
Seandainya aku terlupa untuk bersyukur Ya Allah, ingatkanlah aku padaMu, Ingatkanlah aku pada asal usulku dan tujuan aku diciptakan di dunia ini Ya Allah. Jika aku tergelincir dari landasanMu, Kembalikanlah daku pada 'Tali AgamaMu' sesungguhnya hati ini sayang padamMu, hati ini cinta padaMu, hati ini rindu padaMu. 

Ya Allah, 
Hanya kepadaMu aku berserah diri, hanya kepadaMu aku mengadu dan hanya kepadamu aku berharap. Bantulah aku Ya Allah...

Amin Ya Rabbal Alamin......


Dari:
Hambamu yang hina