Thursday, December 27, 2012

BUTA disangka CELIK

Kaya tidak menjanjikan kebahagiaan

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Tidaklah Allah ciptakan dunia ini dengan sia-sia tapi untuk melihat siapa diantara hamba-hambaNya yang bertaqwa dan yang mana yang kufur. Selepas kehidupan dunia ini kita akan menyelusuri kehidupan yang seterusnya iaitu kehidupan akhirat yang kekal abadi yaitu sebenar-benar kehidupan.

Jika ditanya tentang hidup, ramai yang mengumpamakan hidup ini seperti sebuah perjalanan. Dalam perjalanan itu, si pengembara akan melalui pelbagai dugaan dan cabaran sama ada suka ataupun duka, jatuh dan bangun kerana jalan itu tidaklah mudah malah ia penuh dengan warna-warni. Segalanya mengajar si pengembara erti sebuah kehidupan dan menimba pengalaman. Kerana tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku pada esok hari, siapa kita akan berjumpa dan bagaimana nasib kita esok hari. Segalanya misteri. Namun, segalanya telah tertulis di dalam kitab Lauh Mahfuz. Segalanya dalam pengetahuan dan perancangan Allah. Kerana apa? Allah yang mewujudkan dan Allah juga mampu melenyapkan. Segalanya dalam kekuasaan Nya.

Dalam hidup yang singkat ini, ramai manusia mencari-cari ketenangan dan kebahagiaan. Mungkin ada yang dengan memenuhi keinginan nafsunya mampu memberi kebahgiaan dan ketenangan kepadanya mungkin dalam masa yang singkat dan ia hanya sementara.

Juga ada yang dengan berpesta dan bersuka ria mereka merasa bahagia dan tenang. Tapi selepas itu, mungkin mereka kembali bersedih dan tidak tenang.

Mungkin juga ada yang mampu membeli bermacam-macam kebendaan dan materi dengan wang yang banyak untuk mendapatkan kebahagiaan dan ketenangan.namun bermasalah kerana risau akan perompak dan penyamun.

Tapi, adakah benar dengan wang, berpesta, dan sebagainya mampu memberri kita kebahagiaan dan ketenangan yang hakiki dan abadi? kebahagiaan dan ketenangan yang tidak padam dan tidak putus-putus?

Hakikatnya, nikmat dunia tidak akan mampu membeli nikmat cinta seorang hamba kepada Penciptanya. Kerana ia tidak ternilai dan tiada tolok bandingnya dengan kebendaan dunia ini. Ia hanya mampu diperoleh dengan apabila kita mempunyai iman dan taqwa yang sebenar-benar taqwa. Dan nikmat iman ini juga tidak mampu dibeli dan tidak boleh diwarisi tapi mampu dimiliki dengan mencari.

Carilah iman dan taqwa Insya Allah akan bertemu bahagia dan ketenangan. Pencarian iman bermula tidak lain dan tidak bukan dengan pertamanya mengenal Allah, kemudian mengenal diri kita iaitu dari mana kita datang dan kemana kita seterusnya. Juga memperjelaskan tujuan kita diciptakan dibumi. Ia tidak akan datang dengan mudah jika kita tidak berusaha untuk mendapatkannya. Dan jalan untuk mendapatkannya juga tidak mudah, penuh dengan duri dan halangan. Seterusnya untuk kekal berada di dalamnya juga lebih kuat ujian dan dugaannya. Oleh itu, hanya mereka yang benar-benar ingin mencari dan memilikinya mampu untuk bertemu dengannya dengan izin Allah. Dan Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang, Maha Melihat akan hamba-hambaNya yang berusaha dengan seikhlas hati.

Waulahualam...