daripada 'Abdullah bin An'Nu'man bin Basyir radhiyallahu 'anhuma, katanya:
Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
"...Dan ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh itu terdapat seketul daging,
jika ia baik, maka baiklah keseluruhan jasad dan sekiranya ia rosak maka rosaklah keseluruhan jasad,
sesungguhnya ia adalah hati."
|HR Bukhari dan Muslim|
Hati sememangnya elemen yang paling penting dalam tubuh badan kita yang sangat sangat perlu dijaga dengan rapi. pagari hati kita dengan zikrullah, tingkatkan keimanan dengan sabar dan solat dan selalulah mengerjakan ibadah kepadaNya.
Hati ini jika tidak dikawal dan dijaga akan muda dihasut dan dipujuk oleh syaitan dan iblis yang sememangnya bertugas untuk merosakkan hati setiap anak adam.
Usikan dan godaan sememangnya akan bermain di benak hati sedar atau tidak kita sedar, namun bagaimana kita tangani dan hadapi situasi ini adalah elemen yang paling penting. Disini ilmu tauhid dan sifat hamba Rabbani amat memainkan peranan yang sangat penting untuk memujuk hati yang gundah gelana.
Antara yang mungkin boleh kita lakukan jika kita rasa hati tidak tenteram dan gundah adalah dengan :
1)Istighfar sebanyaknya
2)Sentiasa berada dalam keadaan berwuduk
3)Bacalah al-Quran dan fahamilah maknanya dan bacalah dengan tartil (perlahan-lahan)
4)Usah duduk bersendirian sepatutnya keluarlah (bersukan, bercampur dengan kawan-kawan)
5)Cuba pause seketika dan perbetulkan setiap niat kita sebelum melakukan sesuatu perbuatan/ ibadah . pastikan segalanya hanya untuk mencari redha Allah dan bukan yang lain.
6)Selalulah mengadu pada Allah dan usah berputus asa terhadap bantuan dan keampunan Allah.
7) Jika mampu, solat malam dan berpuasa sunnat
8)amalkanlah selawat keatas Rasulullah SAW.
9)Syukuri nikmat Allah
10) bersangka baiklah pada orang lain dan berlapang dadalah jika mendapat teguran.
10 perbuatan diatas adalah yang saya amalkan dan Alhamdulillah sedikit sebanyak lebih memberi jiwa dan hati ketenangan Insya Allah. *hanya perkongsian.
Hidup ini sememangnya penuh dengan ujian dan hanya mereka yang sabar dan mengerjakan solat akan selamat dan berjaya. Yakinlah setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya da Allah sebaik-baik penolong dan maha mengetahui akan hamba-hambaNya zahir mahupun batin.
Setiap yang berlaku anggaplah tanda kasih sayang Allah kepada kita dan hargailah ia dan terimalah ia sebagai tarbiyyah Allah kepada kita untuk menjadikan kita ingat kepadNya.
Allah adalah sebaik-baik penolong. Hadapkanlah dirimu pada Allah Insya Allah kamu akan beroleh ketenangan.
Bukankah Allah sudah berfirman dalam surah Ar Ra'd : Ayat 28 :
"(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram."[QS. 13:28]