Friday, September 18, 2009
mood hari raya
Selamat hari raya,
aidilfitri mulia.
ampun maaf dipinta,
mensuci hening dosa.
Wah...dah nak raye dah.pejam celik pejam celik tup tup dah raye. Aku happy sabgat bile mendengar lagu raya dimainkan di corong2 speaker rakan-rakanku disana-sini. Sambil tu aku pun terikut-ikut bait-bait kata dalam lagu tersebut. Sungguh meriahnya hari raya. Aku betul-betul x sabar nak berhari raya sebab tahun ni aku berpeluang beli baju baru. Dah 3 tahun aku pakai baju yg same jewk. Maklumlah...jimat kos. Tahun nie rezki aku agak murah. Ade lah saving sikit. Xde lah sedih sangat xde wet nak beli baju baru. Bagi aku, hari raya sememangnya hari yang sangat bermakna dan hari nie lah masenye kite nak bersuka ria dan menziarahi saudara mara dan sahabat handai yang dah kame x jumpe. tapi, aku x sanggup dengar takbir raya di laungkan. Pasti aku x mampu menahan air mata aku dari mengalir. Sedih bila aku terkenangkan arwah atuk. dah 5 tahun atuk meninggal. Aku betul2 merasa kehilangan die. raya kalau xde die x hidup. Aku sayang die sangat. Tapi nak buat macam mane. Setiap yang hidup pasti akan pergi sama ada cepat atau lambat. pagi raya aku mesti ke kubur lepas sembahyang raya. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Insya Allah. walaupun dah nak raye, kelas dan kuliah masih berjalan lagi. nie yang aku xbest. Aku betul2 xde mood nak focus dalam kelas sebab minda dan jiwa aku dah sebok nak beraye. hati aku dah kat kampung dah.Huhu. dalam mood raye nie, memanglah ape yang disampaikan oleh lecturer x masuk otak aku. Yelah kalau dah sebok nak beraye mane nak ingat bende lain. Tahun nie paling best bagi aku sebab 24hb 11 iaitu hari raya keempat merupakan tarikh lahir kekasih hati. Ehemm2! boleh lah menyambut hari raya bersama sambil memotong kek hari jadi...happy sangat. nie lah first time aku dapat sambut hari jadi die pada tarikh hari jadi die. Sebelum nie mesti aku sambut lambat atau awal.. Yeay!bestnye!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment