Wednesday, April 28, 2010

sehari di cameron highland

631.jpg">
Ya! aku kembali setelah lama menghilang....bukan apa...saja mencari pengalaman baru...dah banyak baru lah boleh kongsi..baru manarik..hehe
kali nie aku bersama roomate ku berexpidisi ke Cameron highland...memang sangat best..kenangan yg xdapat ku lupakan..
Plan untuk ke cameron bukan lah dirancang tapi kitorang saje wat keje gile..bagun pagi2 boring..roomate aku ajak g ..aku on jelah..haha...memandangkan kami bersua ade motor sendiri..merempit la kitorang...
Berbekalkab Kriss Modenas 120 nombor berdaftar AGR8086 berwarna puteh...dan Roomateku honda wave 125 merah...kitorang bertolak tepat jam 8.00 pagi pada tanggal ‎19 ‎April, ‎2010.


(ha....ni lah jentera aku!! Weewwiiitt....!!!)

Cuaca pada hari tu memang menyebelahi kitorang..udara pagi sangat segar n nyaman..aku menyarung sweater hitam, glove, kasut sneakers dan jeans untuk mengelakkan kesejukan pagi. Kami berhenti di warung kak ros untuk bersarapan sebelum meneruskan expidisi. Maklumlah..perut kene kenyang kerana perjalanan dijangkakan memakan masa satu jam. Walaupun pagi tu agak mengantukl..maklumlah hari cuti..selalunye bangun lewat. Kami meneruskan perjalanan. Untuk pengetahuan kawan2.ni merupakan expidisi bermotor yg ke cameron yang pertama dalam sejarah hidupku.selame nie.motor berkuasa tinggi aku ni cume pegi paling jaoh pon lumut jek. perjalanan agak meletihkan. Minyak motor haruslah penuh bagi mengelak sebarang masalah kehabisah minyak dalam perjalanan kerana sepanjang perjalanan ke cameron highland takde stesen minyak. minyak motor ku isi RM3. hampir penuh dengan harapan cukup untuk sampai ke puncak cameron. Perasaan menunggang motor jauh berbeza dengan memandu kenderaan. Memang mencabar dan memerlukan tumpuan yang sepenuhnya. sekali terleka, maut resultnya. Jalan raya di waktu pagi tu memang sesak.masing2 berpusu-pusu untuk melakukan aktiviti masing-masing. Sebelum ini, aku memang x pernah tahu jalan nak ke camero. Tapi kali nie, aku dah tau. Cameron terletak di negeriPahang. Jalannye senang je.jalan mengala ke medan gopeng, terus je sampai jumpa signboard cameron di susur kiri, masuk simpang kiri ti dan terus je..Dalam perjalanan, aku menghadapi masalah kehabisan minyak..perasaan agak berdebar, yelah mane nak cari stesen minyak, kiri kanan gunung n hutan. Aku gagahkan diri dan meneruskan perjalanan dengan. Aku kamikaze je dengan harapan sempat sampai ke destinasi memandangkan jarak pada masa tu cume ade 35 KM lg. Perjalanan diteruskan.Jalan memang sangat mencabar. Jalan berliku-liku. Kiri dan kanan curam. Kalau jatuh jawabnye memang babai la..haha.. tapi syok sebab boleh coarner baring..lap sane lap sini. dah macam rosi dah..haha.. Akhirnya setelah hampir 2 jam bertarung dengan jalan yang mencabar, kami tiba di kawasan Tanah Rata di Cameron Highland. Udara sangat nyaman. Jam menunjukkan pukul 10.45 pagi. Aku memenuhkan tangki minyak di stesen petronas. Kami berehat sejenak di atas motor di stesen minyak. Penat WOOooo....!!!

(di taman agrotek CH..masuk RM1.50 dengan kad pelajar)

(taman bunge..haha...layan je la...)



(ni gambar kat gunung berinchang.memang tinggi gile)

No comments:

Post a Comment