Thursday, August 26, 2010
Usah lah bersedih sayangku..
Hidup ini bagai lampu dinding yang dinyalakan di malam hari.apabila minyak sudah kering ia pasti padam sendiri.demikianlah lirik lagu dari kumpulan nasyid ntah x tau kumpulan ape..hmm.kehidupan ini ibarat lilin.setiap yang bermula pasti akn berakhir. Kehidupan manusia ini diibaratkan seperti bermimpi dan ianya hanya sedetik sahaja.jika nak dibadingkan dengan kehidupan diakhirat,hidup didunia ibarat sepetang sahaja..dunia yang fana ini ibarat pentas opera yang terbentang luas dan sebagai medan ujian kita sebagai hambanya yang Esa dalam mencari identiti dan aqidah yang sejati sebagai seorang yang bernama Muslim. Wahai sahabatku..dalam hidup ini kita harus selalu ingat bahawa setiap yang datang pasti akan pergi, yang patah akan tumbuh,yang mula pasti akan berakhir, yang bertemu pasti akan berpisah...semuanya dah tertulis dalam lauh mahfuz..kita sebagai hambanya hanya berserah dengan qada dan qadar Allah..dan berusaha untuk memperbaiki segala kemungkinan agar kita tidak sesat dalam mengejar cita-cita yang hakiki.pemergian seseorang yang paling kita sayang dalam hidup sudah tentu amat memeritkan.namun yang pergi tetap akan pergi dan xkan kembali..sebagai hambanya kita harus redha dengan ketentuannya. Ajal maut semuanya ditangan Tuhan. Kita yang hidup hanya mampu membantu yang telah kembali dengan sedekah Al-fatihah dan selalu mengunjungi qubur Allahyarham. Kadang kala kita terleka..sedang asyik kita bergembira dengan kehidupan normal kita bersama rakan-rakan, kita terlupa tentang orang tersayang..mungkin pada pandangan kita diorang sihat walafiat.namun kita xtahu ape yang dirancang oleh Allah..Jika masanya sudah tiba ia takkan tunggu walau sesaat pun.ajal xkira usia dan tempat...jadi..sentiasalah kita bersedia dan sayangilah ibu bapa kita dan orang yang tersayang disekeliling kita selagi mereka masih ada...Wassalam....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sedeyyy
ReplyDelete