Friday, September 18, 2009

mood hari raya


Selamat hari raya,
aidilfitri mulia.
ampun maaf dipinta,
mensuci hening dosa.

Wah...dah nak raye dah.pejam celik pejam celik tup tup dah raye. Aku happy sabgat bile mendengar lagu raya dimainkan di corong2 speaker rakan-rakanku disana-sini. Sambil tu aku pun terikut-ikut bait-bait kata dalam lagu tersebut. Sungguh meriahnya hari raya. Aku betul-betul x sabar nak berhari raya sebab tahun ni aku berpeluang beli baju baru. Dah 3 tahun aku pakai baju yg same jewk. Maklumlah...jimat kos. Tahun nie rezki aku agak murah. Ade lah saving sikit. Xde lah sedih sangat xde wet nak beli baju baru. Bagi aku, hari raya sememangnya hari yang sangat bermakna dan hari nie lah masenye kite nak bersuka ria dan menziarahi saudara mara dan sahabat handai yang dah kame x jumpe. tapi, aku x sanggup dengar takbir raya di laungkan. Pasti aku x mampu menahan air mata aku dari mengalir. Sedih bila aku terkenangkan arwah atuk. dah 5 tahun atuk meninggal. Aku betul2 merasa kehilangan die. raya kalau xde die x hidup. Aku sayang die sangat. Tapi nak buat macam mane. Setiap yang hidup pasti akan pergi sama ada cepat atau lambat. pagi raya aku mesti ke kubur lepas sembahyang raya. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Insya Allah. walaupun dah nak raye, kelas dan kuliah masih berjalan lagi. nie yang aku xbest. Aku betul2 xde mood nak focus dalam kelas sebab minda dan jiwa aku dah sebok nak beraye. hati aku dah kat kampung dah.Huhu. dalam mood raye nie, memanglah ape yang disampaikan oleh lecturer x masuk otak aku. Yelah kalau dah sebok nak beraye mane nak ingat bende lain. Tahun nie paling best bagi aku sebab 24hb 11 iaitu hari raya keempat merupakan tarikh lahir kekasih hati. Ehemm2! boleh lah menyambut hari raya bersama sambil memotong kek hari jadi...happy sangat. nie lah first time aku dapat sambut hari jadi die pada tarikh hari jadi die. Sebelum nie mesti aku sambut lambat atau awal.. Yeay!bestnye!

Saturday, September 12, 2009

the most incredible journey of the month


hari ini hari yang paling pelik berlaku dalam hidup aku..Entah apa yang membuatkan aku terfikir untuk melakukan perkara sedemikian aku pun dah running out of idea. dalam bulan Ramadhan ni....pada tarikh 11 hb 9 tahun gajah...aku dah melakukan perkara yang paling ,erepek dalam hidup aku. Pada tanggal bersejarah tersebut aku dengan yakin dan gagahnya telah menerbangkan diriku ke Shah alam tanpa ada ape2 perancangan. aktu tu aku baru terjaga dari tidur yang panjang dan satu mesej yang mengajak aku untuk ke shah alam telah membuatkan perasaan untuk ke shah alam tercetus. walaupun masih dalam dilema. Aku bersetuju dengan ajakan kawan aku tersebut. Waktu tu pukul ^ petang dan aku deral ngan pakcik prebet sapu kul 6.30 ptang. aku terus berlari menuju bilik air, qada hajat dan amik wuduk dan tunaikan solat asaar aku. Pastu bersiap2 dan sumbat ape je yang aku mampu capai pastu terus berjalan ke pondok jaga untuk menunggu prebet sapu. Alangkah gilenye keputusan yang aku buat. Setibanya aku di medan gopeng, jam dah menunjukkan pukul 7.10 pm. waktu berbuka dah nak tiba. Aku beli air mineral dan jagung kukus dan terus menuju ke kaunter bus plus liner dan aku dan kawanku bernasib baik sebab bus pada waktu tue memang dah standby ade. dan kitorang pown dengan gagahnya menaiki bus ke shah alam.Dalam perjalanan aku masih x percaya yang aku sudah berada di dalam bus untuk menuju ke shah alam. Tapi aku terus juga bertekad dan meneruskan misi aku yang entah ape2.haha
Setibanya aku di shah alam dah pukul 9.30 pm. Memang penat gile r. malam tue aku stay up kat mac D kat seksyen 2. Memang kerja gile. Walaupun aku masih x caye yang aku dah tibe kat shah alam tapi itulah kenyataannya. HAHA. dengan berkat ketabahan dan kesabaran aku harungi malam tue dengan tabah.keesokan harinya aku pulang dengan hati yang gembira.Yang penting dapat jumpa orang yang tersayang...buhuk3...penat,takut,tension,semua hilang ditiup bayu.....
Demikian lah berita terkini yang dapat dilaporkan...terima kasih...
P/S :diharap dapat menjadikan tauladan di masa depan...(Hak3)