Friday, May 25, 2012

Apa itu cinta?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang


Cinta...
Terbahagi kepada beberapa kategori. Ada cinta makhluk kepada sang Pencipta (Allah S.W.T.), Cinta kepada Rasulullah S.A.W., Cinta kepada ibu bapa dan pelbagai lagi. Dan ada juga cinta sesama makhluk (cinta insan sesama insan) / lelaki dan perempuan. 


Cinta...
Apa itu cinta? Boleh ke kite bercinta? Ade orang cakap bercinta tu boleh asalkan kita pandai jaga batasan-batasan pergaulan dan adab-adab mengikut Islam. 
Betul ke? Tapi macam mane?    


Cinta...
Fitrah semula jadi Allah S.W.T kurniakan kepada semua hambanya sebagai suatu nikmat yang harus diperhalusi dan dinilai sebaik-baiknya. Semua makhluk pasti wujud rasa cinta, mencintai dan ingin dicintai. 


Cinta...
Ada orang kata cinta sebelum kahwin bagus untuk kite kenal satu sama lain dengan lebih mendalam dan lebih mengenali isi hati pasangan kita. betul ke macam tu? Ada jugak orang cakap bercinta after kahwin lagi bahagia sebab hari demi hari merupan suatu surprise pada pasangan sebab hari demi hari dikejutkan dengan something yang baru oleh pasangan tersebut. Jadinye..macam mane?


Cinta...
Macam mana nak tahu die sesuai ke tak untuk kite?
Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia."
Hadith ini telah diriwayatkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka serta imam hadis yang lain.

Cinta...
Ada yang berpendapat cinta akhirnya kahwin, dapat anak dan hidup bahagia bersama. Tapi betul ke cinta hanya itu? Betul ke kahwin hanya sebab cinta, sebab nak dapat anak and sebab nak hidup bersama sampai ke akhir hayat? Jika jawapan anda ya, cuba fikir sekali lagi. Adakah cinta benar-benar boleh bagi kebahagiaan sepenuhnya tanpa hal-hal lain?


Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Isra' (ayat ke 32):
" Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu jalan yang buruk."

Haa...macam mana tu? Ape kene mengena zina dengan cinta? Firman Allah S.W.T menerang kan "mendekati" yang boleh di interpretasikan sebagai menghapiri, menjerumuskan, menuju, menghala, menyumbang kepada perlakuan zina. Mungkin sahabat-sahabat boleh berdebat dengan mengatakan, janganlah terlalu radikal, janganlah terlalu jumud dan berfikiran sempit. Tapi, saya ingin berkongsi satu kisah benar mungkin boleh jadi tauladan buat kita semua Insya Allah. 

*(Demi menjaga maruah sahabat kita Insya Allah nama dan tempat tidak akan diutarakan. Biarlah dikenali sebagai Boboi and Gegel.)

Boboi, seorang pelajar yang disegani di sebuah sekolah. Dia memang dikenali dengan waraknya, alimnya, berbual dengan perempuan pun jarang sekali, pandangannya ditundukkan dan memang Boboi ni budak yang baik lah senang cakap. Boboi memang menjadi pujaan ramai wanita di sekolah disebabkan akhlaknya yang baik dan pekertinya yang soleh. 
Boboi merupakan imam di masjid asrama. Terkenal dengan suara yang merdu mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Memang sesuai jadi imam muda lah senang cerita. 

Di pendekkan cerita, ada seorang pelajar perempuan ni syok kat Boboi. Gegel slalu usya Boboi dari jauh. Slalu puji suara Boboi sedap masa mengaji dan semasa azan. Lama kelamaan wujud rasa cinta antara Boboi dan Gegel. Mereka cuba untuk jaga hubungan diorang berlandaskan Syariat Islam. Pada mulanya masih boleh dijaga. Tetapi jangan dilupa Sumpah Syaitan Durjana pada Allah S.W.T sebelum tercampaknya ke dunia yang dijelaskan dalam

Surah Al-A'raf  (Ayat 16-17): 


"(Iblis) menjawab "Kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalanMu yang lurus, Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan, dan dari kiri ,ereka. Dan Engkau tidak akan mendapai kebanyakan mereka bersyukur"

Dipendekkan cerita lagi, pada suatu malam pihak sekolah menganjurkan solat hajat sempena peperiksaan yang menjelang tidak lama lagi. Pada ketika ibu bapa dan pelajar-pelajar lain sedang khusyuk beribadah, Boboi dan Gegel berduaan dalam sebuah kelas yang gelap gelita. hanya diterangi oleh rembulan. Kuasa Allah tiada siapa dapat menghalang. Jika Allah berkehendakkan sesuatu tiada suatu kuasa pun dapat menghalang. Mungkin Allah S.W.T. menyayangi mereka dengan Boboi dan Gegel dijumpai oleh pak cik jaga sekolah dalam keadaan tidak seurat benang pun membaluti tubuh mereka dan mereka sedang melakukan (.....) *isikan tempat kosong..tak sanggup nak sebut Nauzubillah.

Dari kisah ini, kita boleh sama-sama lihat betapa seorang hamba Allah yang warak, tumbang ke tangan Iblis yang durjana kerana tidak berjaya mengawal nafsunya. Subhanallah. Jika kita lihat, mungkin bermula dengan bermain mata, mengutus surat, bertukar-tukar gambar, dan sebagainya yang biasa-biasa namun berpotensi menyumbang kepada = Zina. Nauzunbillah. Moga kisah ini menjadi tauladan untuk saya dan sahabat-sahabat semua.

Setiap makhluk yang bernyawa lagi-lagi yang bernama manusia memang tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa. Kadang kala mungkin kita rasakan taubat kita mungkin tidak akan didengari oleh Allah S.W.T. lagi sebab dah berkali-kali kita melakukan dosa yang sama dan bertaubat padanya dan mengulanginya semula sehingga kita rasa mungkin rahmat Allah sudah tidak layak untuk kita. Tapi renungkanlah ayat ini:


" Katakanlah, " Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang maha Pengampun, Maha Penyayang." 
(Surah Az-Zumar, Ayat 53)


Selagi ajal belum menjemput, selagi belum tibanya Yaumul Qiyyamah, Insya Allah pintu taubat Allah S.W.T. masih terbuka luas untuk kita. Yang penting kita kene yakin dengan rahmat dan kasih sayang Allah. Bertaubatlah dengan sepenuh taubat. Insya Allah , Allah pasti membuka kan jalan untuk kita 'kembali' ke jalanNya..kerana apa? Sesungguhnya iman manusia itu boleh berubah-ubah. Iman kita boleh lebih tinggi dari malaikat dan juga boleh lebih hina dari binatang. Makanya, sama-samalah kita muhasabah diri dan istiqamah dalam mencari redha Allah, berusaha dan mintalah bantuan dariNya, Insya Allah jalan itu akan terbentang untuk kita.

Waulahualam.