Sunday, November 24, 2013
SIKAP BERKIRA...ha acane tu?
좋은 아침이에요 ( joheun achimieyo ) = selamat pagi
pergh tetibe rase nak berbahasa KOREA...hehe..
hari ini saye nak kongsikan dengan rakan-rakan fb semue berkenaan sikap BERKIRA.
Manusia itu selalu berkira-kira tentang setiap sesuatu terutamanya HARTA.
Si anak BERKIRA wang ringgit dengan ibu bapa
Si anak BERKIRA untuk membantu ibu bapanya
Si anak BERKIRA dengan masa yang diluangkan bersama ibu bapa
Si anak BERKIRA dalam segala segi.
NAMUN....Pernahkah kita terfikir bahawa IBU BAPA kita TAK PERNAH WALAU SESAAT BERKIRA-KIRA untuk kita? PERNAH KAH????
Ketika kita lapar, ketika kita sedih, ketika kita dalam kesukaran,
ketika kita dalam kepayaha, ketika kita dalam kesempitan wang,
ketika kita dalam kekeliruan dan kebuntuan,
adakah si ibu bapa memberi alasan kepada kita?
TIDAK PERNAH!!!
Sahabat, tanpa ibu bapa, siapakah diri kita? tanpa mereka menjaga kita dan membesarkan kita dengan sepenuh kasih sayang, mampukah kita untuk jadi seperti mana kita pada hari ini? usah bermimpi!
Selagi hayat dikandung badan, selagi masih ada kesempatan, hargailah mereka, sayangilah mereka, jagalah mereka sebaiknya terutama hati mereka, kerana redha ibu bapa itu adalah redha Allah SWT...
Begitu juga hubungan manusia dengan Allah
Kita selalu berkira-kira untuk beribadah kepada Allah,
Solat hanya perlu beberapa minit,
satu hari hanya 2 muka suraat sahaja mengaji x boleh lebih,
Hanya solat wajib dah cukup lah...
Puasa bulan ramadhan ok dah lah...
yang wajib dah buat, cukuplah...
TAPI...Allah tidak pernah berkira-kira dengan makhluknya,
setiap saat tanpa terlepas sedikitpun Allah memberi rahmat dan rezeki dan melindungi hambaNya...
MASIHKAH KITA MAHU BERKIRA-KIRA? Tepuk dada tanya iman kita
*Moga Allah mengistiqamahkan kita dalam kebaikan dan melindungi kita dari keburukan dan dosa. Jom kita menjadi Hamba
Saturday, November 16, 2013
Siapa kita?
Hidup ini tidak selalunya indah. Berpesan seorang sahabatku
"Dalam kehidupan tak semuanya yang kita inginkan kita dapat"
hidup ini sememangnya memerlukan pengorbanan dan ketabahan.
kadangkala kita di atas dan kadangkala dibawah
kadangkala dalam menjalani kehidupan ini perlu kita bertanya kepada diri
melihat akan tindak tanduk dan amalan amalan kita, melakukan muhasabah diri
adakah aku dalam landasan yang benar?
Ataukan aku semakin jauh dari perasaan cinta dan kasih kepada Allah dan Rasul?
Dimanakan jalan yang ku pilih?
Allah sifatnya Maha Penyayang dan Maha Pengampun.
Sifat Pengampun Allah dan Rahmat kasih sayangNya tiada berpenghujung
Sesungguhnya Allah tidah pernah menzalimi hambaNya
sebaliknya kita hanbanya yang menzalimi diri kita sendiri.
Masih belum terlewat untuk membuka lembaran baru dalam buku kehidupan kita
selagi nyawa masih diberi pinjam selagi itu peluang dan kesempatan masih terbuka
Usah ragu dan usah gusar kerana Allah tidak pernah membelakangkan hambaNya
Hubungkanlah cinta dan utuslah kerinduan terhadap Allah
Jalinkanlah hati agar semakin dekat dan utuh di atas tali Allah.
Sesungguhnya Allah itu dekat. sedekat dekatnya.
Insya Allah jalan hidayah akan terbuka
tuluskanlah hati, tetapkanlah diri,
Menuju cinta Allah yang hakiki.
Sekadar luahan isi hati.....dari diri yang berdosa...mencari ketenangan dan pengampunan Illahi.
P/S : sesungguhnya perjalanan kita masih jauh. kuatkanlah semangatmu dan tingkatkanlah ilmumu wahai diri dan teman teman! Allahuakhbar!
Sunday, May 19, 2013
Hatiku sakit.
daripada 'Abdullah bin An'Nu'man bin Basyir radhiyallahu 'anhuma, katanya:
Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
"...Dan ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh itu terdapat seketul daging,
jika ia baik, maka baiklah keseluruhan jasad dan sekiranya ia rosak maka rosaklah keseluruhan jasad,
sesungguhnya ia adalah hati."
|HR Bukhari dan Muslim|
Hati sememangnya elemen yang paling penting dalam tubuh badan kita yang sangat sangat perlu dijaga dengan rapi. pagari hati kita dengan zikrullah, tingkatkan keimanan dengan sabar dan solat dan selalulah mengerjakan ibadah kepadaNya.
Hati ini jika tidak dikawal dan dijaga akan muda dihasut dan dipujuk oleh syaitan dan iblis yang sememangnya bertugas untuk merosakkan hati setiap anak adam.
Usikan dan godaan sememangnya akan bermain di benak hati sedar atau tidak kita sedar, namun bagaimana kita tangani dan hadapi situasi ini adalah elemen yang paling penting. Disini ilmu tauhid dan sifat hamba Rabbani amat memainkan peranan yang sangat penting untuk memujuk hati yang gundah gelana.
Antara yang mungkin boleh kita lakukan jika kita rasa hati tidak tenteram dan gundah adalah dengan :
1)Istighfar sebanyaknya
2)Sentiasa berada dalam keadaan berwuduk
3)Bacalah al-Quran dan fahamilah maknanya dan bacalah dengan tartil (perlahan-lahan)
4)Usah duduk bersendirian sepatutnya keluarlah (bersukan, bercampur dengan kawan-kawan)
5)Cuba pause seketika dan perbetulkan setiap niat kita sebelum melakukan sesuatu perbuatan/ ibadah . pastikan segalanya hanya untuk mencari redha Allah dan bukan yang lain.
6)Selalulah mengadu pada Allah dan usah berputus asa terhadap bantuan dan keampunan Allah.
7) Jika mampu, solat malam dan berpuasa sunnat
8)amalkanlah selawat keatas Rasulullah SAW.
9)Syukuri nikmat Allah
10) bersangka baiklah pada orang lain dan berlapang dadalah jika mendapat teguran.
10 perbuatan diatas adalah yang saya amalkan dan Alhamdulillah sedikit sebanyak lebih memberi jiwa dan hati ketenangan Insya Allah. *hanya perkongsian.
Hidup ini sememangnya penuh dengan ujian dan hanya mereka yang sabar dan mengerjakan solat akan selamat dan berjaya. Yakinlah setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya da Allah sebaik-baik penolong dan maha mengetahui akan hamba-hambaNya zahir mahupun batin.
Setiap yang berlaku anggaplah tanda kasih sayang Allah kepada kita dan hargailah ia dan terimalah ia sebagai tarbiyyah Allah kepada kita untuk menjadikan kita ingat kepadNya.
Allah adalah sebaik-baik penolong. Hadapkanlah dirimu pada Allah Insya Allah kamu akan beroleh ketenangan.
Bukankah Allah sudah berfirman dalam surah Ar Ra'd : Ayat 28 :
"(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram."[QS. 13:28]
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)