Tuesday, June 30, 2009

assalamualaikum....

Salam sayang dariku buat semua sahabat seperjuangan yang sentiasa tekun berusaha mengharungi hari-hari di Zaman yang penuh dengan pancaroba. Harapan di hati agar sahabat sekalian tetap berpegang pada tali Allah (Agama Islam). Ingatlah bahawa Allah S.W.T mengingatkan hambanya dalam Surah Al-As, mafhumnya, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali mereka yang berpesan-pesan kearah kebaikan dan berpesan-pesan kepada kesabaran.
Sahabatku......Dalam mengharungi dunia hari ini, seringkali kita terleka dengan ujian yang Allah berikan kepada kita yang kadangkali menguji keimanan kita sebagai umat Islam akhir zaman dimana imannya diibaratkan senipis kulit bawang yang mudah untuk dirobek oleh sekelumit ujian Allah. Allah maha berkuasa keatas hamba-hambanya...Allah lah yang menghidupkan dan mematikan sesiapa dan apa jua yang hidup dan segalanya beroperasi dengan izin Allah S.W.T. Allah manguji hamba-hambanya dengan pelbagai ujian sama ada ujian menggembirakan mahupun yang menyedihkan. tidak dinafikan bahawa sebagai manusia biasa, kita hanya mengharapkan yang terbaik dalam hidup kita. Namun haruslah kita ingat bahawa boleh jadi apa yang kita suka itu mendatangkan musibah kepada kita dan ada kemungkinan juga sesuatu yang kita benci sebenarnya mendatangkan kebaikan kepada kita. Sebagai umat Islam yang beriman kita seharusnya percaya bahawa setiap ujian yang Allah berikan kepada kita adalah suatu nikmat dan ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya. wahai sahabatku...teguhkanlah imanmu dan bersabarlah dengan ujian Allah....Dunia ibarat penjara kepada umat Islam dan Syurga kepada orang kafir tetapi percayalah hidup di dunia hanyalah ibarat sepetang lamanya jika dibandingkan dengan kehidupan di akhirat yang kekal abadi....wassalam.... :)


No comments:

Post a Comment