Tuesday, November 2, 2010

PERGH edisi 1

ISLAM PASTI MENANG


Ape yang menarik perhatian saye dalam PERGH adisi 1 yg diadakan di Imperial College London ialah di segmen yang terakhir iaitu islam pasti menang. Antara yang menarik perhatian saya ialah bagaimana peranan kita sebagai Muslim untuk berjuang untuk Islam dan apakah langkah-langkah yang wajar kita ambil untuk bersama-sama berjuang untuk islam. Definasi berjuang bukan untuk mengadakan rusuhan atau berperang atau bertelingkah. Berjuang bermaksud usaha untuk memabangunkan dan menyebarkan Islam dan membantu sahabat-sahabat kita dalam memeahami Islam dan seterusnya IsnyaAllah dapat melahirkan Muslim yang profesional.

STEP 1:

Taubat nasuha (Proses Kembali kepada Allah)
-tiada manusia yang sempurna
-jangan pernak rasa putus asa dengan sifat pemurah Allah
-pintu taubat sentiasa terbuka
-Taubat masih diterima walau berkali-kali dosa yang sama diulang.
-Orang yang berdosa pun mampu/layak menegakkan Islam dan berjuang untuk Islam
-make sure taubat 100% (NO TURNING BACK!!!)

STEP 2:

Togetherness ( Kebersamaan)
-Solat berjemaah
-sedekah
-berkongsi idea dan membantu yang lemah
-(kebersatuan+kesepakatan)= kekuatan

- Rasulullah S.A.W berjuang dengan cara berjemaah dan bukan bersendirian. Ini bermakna Rasulullah menggalakkan kita umatnya melakukan kerja dalam jemaah dan bukan sendirian.

"Jemaah, kumpulan yang mungkin lemah, tapi dibantu oleh Allah, tapi yang bercerai-berai, mereka akan menghadapi kekalahan disebabkan tikan dari belakang, perselisihan faham danj sebagainya"

Islam adalah sebuah agama yang mulia yang murni. Perjuangan harus dilakukan bersama-sama dalam hanya satu jemaah dan bukan berpecah-belah. mengapa harus berpecah-belah sedangkan motif dakwah dan konsep ajaran Islam hanya berpandukan sumber yang sama iaitu Al-Quran dan Hadith? Fikir-fikirkanlah.

STEP 3:

Knowledge
-Jika kita rasa diri kita kurang ilmu, kita kene upgrade Ilmu kita.
dengan membaca, mengkaji, menyelidik dan berkongsio idea dan bertanyakan soalan pada pihak yang lebih mengetahui.
-sentiasa upgrade iman, ilmu dan beramal dengan ilmu.
-jika kita banyak ilmu jangan simpan seorang diri, kita dituntut untuk berkongsi ilmu tersebut dengan orang lain.
-sentiasa mantapkan pengetahuan agar mampu berhujjah dengan musuh-musuh Islam dan sewaktu dengannya.

STEP 4:

Bersungguh-sungguh (ITQAN)
-kita kene series dalam menegakkan Islam dan dalam memperjuangkan Islam. Kita kene sentiasa menanamkan tekad dalam diri untuk membangunkan Islam.
-Istiqamah dalam usaha.

STEP 5:

MUHASABAH
-apa yang telah kita buat hari ini untuk Islam
-berapa banyak dosa dan pahala yang kita lakukan hari ini
-bagaimanakah keadaan Umat Islam hari ini
-fikir tentang ciptaan Allah dan mengapa Allah melakukan sesuatu.
-fikir tentang kematian dan tujuan hidup kita dalam dunia yng sementara ini.

Pesanan:
Wahai sahabat sekalian, janganlah kita pernah lupa tentang tujuan hidup kita di dunia ini kerana Allah yang menhidupkan kita dan kepada Allah jua kita akan kembali. Hidup di dunia hanya semantara, akhirat jualah tempat yang kekal abadi. Dunia yang kita pinjam ini hanyalah medan ujian kita sebagai hamba Allah. Dalam mengharungi hari demi hari, pasti kita diuji dengan pelbagai ujian dan godaan. Namun selagi mana kita sentiasa berpegang pada Tali Allah dan Al-Quran dan Hadith, Insya Allah kita selamat di dunia mahupun di akhirat. TAKBIR!!!

*maaf jika ada tersilap dalam penulisan ini. Diharap sahabat-sahabat dapat berkongsi idea dan memperbaiki kelemahan saya. Insya Allah.

5 comments:

  1. salam firdouse.
    penulisan yang bagus, apatah lagi dijelmakan dengan niat utk berkongsi. semoga Allah memberkati. :)
    p/s: jgn lupa PERGH 2! :D
    (kak fizah)

    ReplyDelete
  2. terima kasih kak..Insya Allah saye hadir di sesi pergh 2..

    ReplyDelete
  3. Waaah!!! Bagus perkongsiannya.. Baru tahu firdouse ada blog. ^_^

    p/s : do you mind if I link my blog to urs?

    ReplyDelete
  4. pergh douse.. ini barulah ahli rumah 47 namanya :-)

    thanks for the sharing, I really appreciate it.

    ReplyDelete
  5. ala...saje jek mengisi mase lapang..meluahkan ape yang terpendam..huuu..

    ReplyDelete